am@hmetro.com.my
Kuala Nerus: Lelaki warga emas berusia 60 tahun ditemukan maut selepas kediamannya di Kampung Lingai, di sini, terbakar, hari ini.
Mayat Zakaria Mohd, 60, ditemui di ruang tamu rumah oleh pasukan Bomba dan Penyelamat (JBPM) selepas proses pemadaman selesai.
Cucu saudara mangsa, Siti Hajar Anan, 28, yang tinggal berjiran dengan rumah mangsa berkata, ketika kejadian dia sedang melipat kain di ruang tamu rumah sebelum terdengar bunyi beberapa letupan kecil.
“Bunyi letupan seperti orang main mercun, saya terus keluar sebelum terkejut melihat api sudah marak membakar rumah datuk saudara.
“Saya kemudian memberitahu jiran meminta tolong tengok datuk saudara yang berada dalam rumah.
“(Tetapi) Jiran tidak dapat masuk sebab api marak dan memanggil nama datuk (saudara) daripada luar sebelum pasukan bomba tiba,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
© New Straits Times Press (M) Bhd
