Terima kasih PM Anwar! Elaun Tingkatan Enam berita paling dinantikan – Fadhlina

Terima kasih PM Anwar! Elaun Tingkatan Enam berita paling dinantikan – Fadhlina

Pengumuman peruntukan elaun bagi pelajar Tingkatan Enam disifatkan sebagai berita yang paling dinanti golongan sasar selepas sekian lama diperjuangkan Kementerian Pendidikan (KPM).

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, berkata cadangan berhubung pemberian elaun itu dikemukakan kepada pihaknya sejak awal beliau menerajui KPM.

“Saya rakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas pengumuman berkaitan dengan elaun Tingkatan Enam.
“Ini berita yang ditunggu-tunggu. Perjuangan untuk mendapatkan elaun ini kami kemukakan sejak awal saya menjadi Menteri Pendidikan.
“Alhamdulillah, untuk Belanjawan 2027, ia akan menjadi kenyataan,” katanya.

Terima kasih PM Anwar! Elaun Tingkatan Enam berita paling dinantikan – Fadhlina

Beliau berkata demikian ketika mengulas pengumuman Perdana Menteri bahawa kerajaan bersetuju meluluskan peruntukan dan elaun berkaitan pelajar Tingkatan Enam pada pembentangan Belanjawan 2027, Oktober ini.

Sementara itu, Fadhlina berkata pemberian elaun berkenaan turut menjadi antara 12 resolusi yang diterima daripada Kongres Prauniversiti MADANI peringkat kebangsaan.

“Antara yang diangkat oleh perwakilan Tingkatan Enam adalah berkenaan elaun untuk anak-anak Tingkatan Enam.
“Saya terima sepenuhnya anak-anak (resolusi itu) yang kita akan tambah baik resolusi itu dan kita sedang mencari jalan bagaimana kita boleh memastikan 12 resolusi itu akan dapat dilaksanakan dengan baik,” katanya.

Menurut beliau, pemberian elaun berkenaan merupakan antara reformasi penting dalam pendidikan bagi memastikan kebajikan serta kedudukan pelajar prauniversiti KPM terus diberi perhatian.

“Ini antara reformasi penting dalam pendidikan, khususnya untuk menjaga kebajikan dan memartabatkan pelajar prauniversiti KPM,” katanya.

Scroll to Top