SUKMA Nampak Lancar, Tapi Siapa Sebenarnya Pantau ‘Line’ Kita Di Belakang Tabir?

SUKMA Nampak Lancar, Tapi Siapa Sebenarnya Pantau ‘Line’ Kita Di Belakang Tabir?

Tengah sibuk tengok atlet bertanding, ambil gambar, update story dan upload video sepanjang SUKMA Selangor 2026, pernah tak terfikir macam mana nak pastikan internet kekal ‘okay’ walaupun ribuan orang berkumpul di satu lokasi?

SUKMA Nampak Lancar, Tapi Siapa Sebenarnya Pantau ‘Line’ Kita Di Belakang Tabir?

Rupanya, ada pasukan yang memang ditugaskan untuk pantau keadaan rangkaian secara real-time di belakang tabir.

Menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), sebanyak 52 lokasi pertandingan dipantau sepanjang temasya bagi memastikan liputan, kapasiti dan prestasi rangkaian berada pada tahap baik.

Ada ‘Control Room’ Pantau Line Sepanjang Masa

MCMC menubuhkan Network Monitoring Centre (NMC) di Sekretariat SUKMA sebagai pusat penyelarasan untuk memantau prestasi rangkaian secara masa nyata.

Kalau ada isu coverage, kapasiti atau prestasi rangkaian, ia boleh dikesan dengan lebih pantas sebelum tindakan susulan diselaraskan bersama syarikat telekomunikasi.

Malah, Majlis Pembukaan SUKMA di Dataran Kemerdekaan Shah Alam turut menjadi antara ujian besar apabila jumlah pengguna meningkat dengan ketara.

Hasilnya? Rangkaian berjaya menampung jumlah pengguna yang tinggi tanpa kesesakan atau gangguan besar yang menjejaskan pengalaman orang ramai.

Bukan Duduk Dalam Bilik Sahaja, Hampir 200 Sukarelawan Turun Padang

Selain pemantauan dari NMC, kira-kira 200 sukarelawan turut membantu memantau rangkaian serta infrastruktur gentian optik di lokasi pertandingan.

Kalau ada masalah berkaitan liputan, prestasi atau infrastruktur, mereka boleh mengenal pasti dan melaporkannya kepada pasukan teknikal, khususnya ketika waktu puncak.

Maksudnya, ada yang pantau dari pusat dan ada yang ‘check’ keadaan sebenar di lapangan.

Pengunjung Pun Boleh Bantu Check Prestasi Line

Menariknya, MCMC turut memperkenalkan MCMC Nexus, aplikasi yang membolehkan pengguna menguji sendiri kelajuan dan prestasi rangkaian telekomunikasi melalui telefon masing-masing.

Aplikasi itu diperkenalkan kepada sekretariat, pegawai sukan, atlet, sukarelawan dan pengunjung, dengan hampir 1,500 muat turun telah direkodkan.

Dalam masa sama, MCMC turut menyelaras keperluan infrastruktur komunikasi bersama penganjur, syarikat telekomunikasi dan pihak berkepentingan sebagai Rakan Strategik SUKMA Selangor 2026.

Tak Cukup Dengan ‘Line’ Okay, Keselamatan Digital Pun Diberi Perhatian

Selain connectivity, aspek literasi digital turut diketengahkan menerusi Kempen Internet Selamat, termasuk kesedaran mengenai penipuan dalam talian, buli siber dan penggunaan teknologi secara selamat.

Reruai kempen itu pula dianggarkan menerima antara 10,000 hingga 20,000 pengunjung sepanjang SUKMA Selangor 2026.

Jadi, kalau sepanjang SUKMA korang boleh upload gambar, WhatsApp, buat video dan stay connected tanpa gangguan besar, sebenarnya ada banyak kerja yang berlaku di belakang tabir.

Sebab di depan mata kita, SUKMA mungkin nampak macam semuanya berjalan smooth. Tapi di belakang tabir, ada pasukan yang sentiasa berjaga, monitor dan bertindak pantas supaya ‘game’ atas padang bukan sahaja lancar, tapi ‘line’ di tangan pun tak kalah penting.


Scroll to Top