Enam kawasan udara tahap bahaya, Sibu terbaru catat IPU lebih 300

mdroji@bh.com.my

Kuching: Sibu menjadi kawasan keenam di Sarawak yang mencatatkan tahap bahaya akibat jerebu selepas indeks pencemaran udara (IPU) di kawasan berkenaan melepasi paras 300.

Berdasarkan maklumat Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS) setakat jam 8 pagi ini bacaan IPU di kawasan tengah Sarawak itu mencecah 309.

Serian masih mancatat bacaan IPU tertinggi dengan 408, Kuching pula merekodkan bacaan 407, diikuti Samarahan (372), Sri Aman (361) dan Sarikei (333).

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top