Naples: Pemain tengah Napoli, Scott McTominay terpaksa diketepikan selama sebulan selepas disahkan mengalami masalah jantung yang memerlukan prosedur pembedahan, umum kelab Serie A itu hari ini.
Napoli memaklumkan pemain berusia 29 tahun itu mengalami aritmia ringan dan tidak berbahaya, iaitu keadaan yang menyebabkan degupan jantung tidak teratur.
“Scott McTominay dijadualkan menjalani pembedahan ablasi pembetulan (PFA) dalam beberapa hari akan datang.
“Pemain itu akan kembali tersedia selepas rehat antarabangsa,” kata Napoli dalam satu kenyataan.
Bekas pemain Manchester United itu dijangka terlepas empat perlawanan Scotland dalam saingan Liga Negara-Negara yang dijadualkan berlangsung antara 26 September hingga 6 Oktober ini.
Scotland dijadual bertemu Slovenia pada 26 September ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd
