sukan@hmetro.com.my
Alor Setar: Pasukan Star City FC (SCFC) terus memperkukuhkan jentera tengahnya apabila menyenaraikan pemain import, Moses Atede bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.
Kemasukan Atede yang berpengalaman sejak 2023 ketika bersama pasukan Kedah dan Kuching City FC semusim kemudian memberi isyarat skuad The Northern Stars kini mahu mengukuhkan ruang tengah dan benteng pasukan dalam memberi saingan lebih hebat pada musim ini.
Kemasukan Atede yang memiliki kerakyatan Bahrain dan berasal dari Nigeria diumumkan media rasmi SCFC, hari ini dan beliau bakal bergandingan dengan Pedro Santos Filho dari Brazil untuk mengemudi dan memperkuatkan jentera tengah bersama pemain tempatan.
“Kami mengumumkan penyertaan pemain tengah berusia 28 tahun, Moses Atede Jona yang berasal dari Nigeria dan kini pemain pasukan kebangsaan Bahrain.
“Beliau membawa pengalaman terbukti dalam Liga Super Malaysia sebelum ini hasil tempoh khidmat beliau bersama pasukan Kuching City FC (KCFC) dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) sebelum ini,” katanya.
Atede sudah menjalani latihan sesi pertama di bawah kendalian ketua jurulatih, Mehmet Durakovic menjelang perlawanan pertama pusingan 16 terbaik Piala FA berdepan Kedah FA di Stadium Darul Aman, malam esok.
© New Straits Times Press (M) Bhd

