25 Pemuda UMNO hadir Muktamar Pemuda Pas, sejarah baharu penyatuan ummah

KOTA BHARU – Kehadiran 25 pimpinan Pemuda UMNO termasuk Ketuanya, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh ke Muktamar Dewan Pemuda Pas Kali Ke-67 di sini pada Khamis mencatat sejarah dalam usaha penyatuan ummah.

Akmal berkata, Pemuda UMNO pada asalnya hanya menerima jemputan untuk lima wakil, namun 25 pimpinan hadir sebagai tanda sokongan terhadap agenda penyatuan yang dibawa Pas.

Menurutnya, kehadiran tersebut turut melibatkan pimpinan Pemuda UMNO di peringkat pusat dan Kelantan, sekali gus membawa mesej bahawa usaha menyatukan ummah perlu digerakkan secara bersama.

“Hari ini kami membuktikan bahawa terciptanya sejarah, 25 orang itu membawa maksud yang sangat mendalam iaitu pimpinan Pemuda UMNO di Pusat dan juga pimpinan Pemuda UMNO di Negeri Kelantan.

“Kami tidak ada agenda yang lain kecuali untuk menyatukan ummah,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Muktamar Dewan Pemuda Pas Kali Ke-67 di sini pada Khamis.

Akmal berkata, tema muktamar iaitu ‘Memimpin Penyatuan’ turut mempunyai persamaan dengan tema yang akan dibawa Pemuda UMNO dalam program mereka pada minggu depan.

Katanya, perkembangan berkenaan menunjukkan usaha penyatuan bukan sekadar dibincangkan, sebaliknya mula diterjemahkan melalui hubungan antara pimpinan Pemuda UMNO dan Pas di beberapa negeri.

“Kami dah mulakan di Johor, Negeri Sembilan dan sepatutnya kami akan teruskan bukan sahaja di Melaka sehingga InsyaALLAH, selama-lamanya.

“Berpecah tidak pernah menguatkan, apabila bersama akan lebih menguatkan kita,” katanya.

Beliau berkata, penyatuan yang digerakkan itu bukan semata-mata berkisar mengenai kepentingan Melayu, sebaliknya perlu bermula dengan penyatuan kelompok utama dalam negara sebelum berkembang kepada masyarakat yang lebih luas.

Sementara itu, beliau berkata penerimaan terhadap usaha penyatuan berkenaan turut mendapat respons positif daripada parti komponen Barisan Nasional termasuk MIC.

Katanya, beliau sendiri baru-baru ini menghadiri program Pemuda MIC di Melaka dan melihat penerimaan terhadap agenda berkenaan sebagai sesuatu yang baik.

“Kita nak satukan Melayu, satukan Islam dan akhirnya yang lain-lain akan bersama-sama dengan kita,” katanya.

Akmal berkata, rombongan Pemuda UMNO berkenaan pada asalnya hanya menerima jemputan untuk lima wakil, namun jumlah itu meningkat kepada 25 orang sebagai tanda sokongan terhadap agenda penyatuan yang dibawa Dewan Pemuda Pas.

Menurutnya, kehadiran tersebut turut melibatkan pimpinan Pemuda UMNO di peringkat pusat dan Kelantan, sekali gus membawa mesej bahawa usaha menyatukan ummah perlu digerakkan secara bersama.

“Hari ini kami membuktikan bahawa terciptanya sejarah, 25 orang itu membawa maksud yang sangat mendalam iaitu pimpinan Pemuda UMNO di Pusat dan juga pimpinan Pemuda UMNO di Negeri Kelantan.

“Kami tidak ada agenda yang lain kecuali untuk menyatukan ummah,” katanya ketika ditemui pemberita di muktamar itu pada Khamis.

Scroll to Top