“Sampai Mempersoalkan ‘Islam Ke’, Sampai Sentuh Pasal Anak, Maaf Itu Sudah Melampau” 

“Sampai Mempersoalkan ‘Islam Ke’, Sampai Sentuh Pasal Anak, Maaf Itu Sudah Melampau” 

Pelakon Uqasha Senrose tampil bersuara susulan drama Madu Atau Racun lakonannya dikecam teruk oleh netizen.

Menerusi perkongsian di Insta Story, Uqasha meminta agar orang ramai tidak menilai drama berkenaan daripada babak-babak yang disunting di media sosial.

BACA: “Terima Kasih Ayah Bawa Qeyaa Jalan-Jalan” – Uqasha Senrose

Uqasha turut meminta untuk menonton sehingga episod akhir kerana setiap cerita pasti ada pengajaran dan iktibar.

“Sampai Mempersoalkan ‘Islam Ke’, Sampai Sentuh Pasal Anak, Maaf Itu Sudah Melampau” 

“Apa yang korang tengok bukan keseluruhan cerita dan setiap episod kan? Hanya tengok klip-klip yang sudah disunting? Setiap jalan cerita pasti ada ujian, pengajaran, iktibar dan keinsafan. 

“Cuba tengok sampai episod terakhir dan nilailah selepas itu. Jangan terus judge macam tiada hari esok. Sampai ke personal korang sentuh. Allahu,”tulisnya.

Sementara itu, Uqasha turut kesal apabila ada segelintir yang mengaitkan isu drama dengan hal peribadinya sehingga menyentuh tentang anak yang disifatkan sangat melampau.

“Sampai mempersoalkan ‘islam ke’, ‘masing-masing ada anak perempuan’ dan sampai sentuh bab bab anak. Maaf saya rasa ia sangat melampau. Baru episod berapa terus dah kena kecam sampai ke anak-anak. 

“Yang judge semua ini rasanya bukan tengok cerita tetapi tengok apa yang dekat FYP itu. Tolong tengok cerita dan isi kandungnya gais. Agak melampaulah korang yang bercakap ini,” katanya.


Scroll to Top