Cipta rekod Guinness, Vivo V80 Lite 5G mendarat di Malaysia

Kuala Lumpur : Vivo Malaysia secara rasmi melancarkan telefon pintar terbaharunya, Vivo V80 Lite 5G yang membawakan penanda aras baharu dalam kategori ketahanan bateri luar biasa menerusi kapasiti gergasi 10,000mAh.

Direka khas untuk memenuhi gaya hidup berproduktiviti tinggi rakyat Malaysia, peranti ini menggabungkan bateri BlueVolt berkapasiti besar dengan keupayaan mengekalkan kestabilan kuasa sehingga suhu 45°C bagi menjamin prestasi sepanjang hari.

Keupayaan luar biasa ini turut diiktiraf di peringkat antarabangsa apabila merai pencapaian Guinness World Records bagi siaran langsung ujian produk elektronik paling lama yang berterusan selama 32 jam 37 minit.

Bagi menandakan julung kalinya siri V dibekalkan dengan bateri 10,000mAh, peranti ini dikuasakan oleh teknologi anod silikon generasi keempat serta Magic Cube Battery Packaging.

Inovasi ini membolehkan peranti bertahan sehingga 16 jam penggunaan intensif tanpa mengorbankan reka bentuknya yang kekal nipis dan selesa dipegang.

Bagi memastikan prestasi kekal optimum sewaktu penggunaan tegar, ia turut dilengkapi Sistem Penyejukan 3.8K Ultra Large VC yang mengekalkan suhu peranti agar tidak panas walaupun digunakan di bawah terik matahari.

Ciri istimewa lain antaranya Battery Life Extender, Reverse Charging, Jangka Hayat Bateri 6 Tahun serta Ketahanan Bertaraf Ketenteraan.

Pelancaran rasmi peranti ini yang turut dimeriahkan dengan kemunculan khas pelakon popular, Aedy Ashraf di Lot 10, Bukit Bintang, turut mengumumkan pengenalan teknologi Extended RAM menerusi pengemaskinian perisian bermula 24 September ini bagi kelancaran fungsi multitasking.

Vivo V80 Lite 5G boleh didapati di pasaran Malaysia dengan pilihan warna ikonik Afterglow Pink pada harga bermula RM1,399.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top