“Kalau Perempuan Terhegeh-Hegeh & Lelaki Tu Sambil Lewa, Jangan Teruskan” 

“Kalau Perempuan Terhegeh-Hegeh & Lelaki Tu Sambil Lewa, Jangan Teruskan” 

Pelakon Diana Danielle berkongsikan mengenai perhubungan atau perkahwinan yang memerlukan pasangan yang bersungguh-sungguh dan tidak hanya sambil lewa.

Menerusi satu hantaran di Threads, Diana turut menitipkan nasihat kepada kaum wanita untuk berfikir panjang meneruskan perhubungan lebih-lebih lagi jika pihak lelaki seolah tiada kesungguhan.

BACA: Diana Danielle Nafi Kenal Kekasih Ketika Tempoh Idah

“Kalau Perempuan Terhegeh-Hegeh & Lelaki Tu Sambil Lewa, Jangan Teruskan” 

“Kalau perempuan terhegeh-hegeh dan lelaki tu sambil lewa, jangan teruskan. Dia bakal menjadi ketua, kalau ketua sendiri pun sambil lewa, nak tak nak, apapun takkan berkembang.

“Dia kena bersemangat nak pada you. Nak jaga you. Nak lindung you. If he really loves you, he will make it so damn obvious. You will never be allowed to forget pun. Kalau dia sendiri give up, the relationship dah boleh dikatakan tidak wujud,” tulisnya.

Sementara itu, Diana berkata jika lelaki benar-benar sayangkan seseorang wanita itu, dia pasti akan menunjukkan rasa sayang.

“Perempuan, kejap itu kejap ini, kejap merajuk, kejap sayang… tanya mana-mana perempuan pun, selalunya kita ni ibarat cuaca. Tapi lelaki ibarat atmosfera yang memberi ruang untuk cuaca berdentum dentam.

“Make sure he wants you with all his heart and might. Jangan try to prove your worth, compete, seek attention,” tulisnya.


Scroll to Top