yusri.muzamir@bh.com.my
Ampang: Tindakan lanjut susulan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 500 direkodkan di Serian akan dibincangkan bersama kerajaan Sarawak, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri juga memaklumkan sudah menghubungi Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg bagi membincangkan perkara berkenaan, sejak kelmarin.
Beliau turut memberi jaminan langkah keselamatan sewajarnya, termasuk menghentikan operasi pejabat dan sekolah akan dilaksanakan, jika darurat diisytiharkan susulan bacaan IPU yang semakin buruk.
Bagaimanapun, katanya, cadangan penutupan pejabat itu tidak membabitkan organisasi keselamatan, selain berharap keadaan jerebu di seluruh negara akan pulih dalam masa terdekat.
“Kita akan lakukan semua langkah yang perlu, sama ada pembenihan awan, mahupun tindakan lain walaupun ini (keadaan jerebu) adalah kesan daripada perkembangan di tempat lain.
“Kita terpaksa tanggung (kesan akibat jerebu) dan sabar sebentar. Saya doakan supaya semuanya selamat bagi rakyat di Serian dan seluruh Sarawak serta beberapa lokasi lain yang turut terjejas,” katanya pada sidang media selepas menunaikan solat Jumaat di sini, hari ini.
Berita lanjut menyusul
© New Straits Times Press (M) Bhd

