Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, memperkenan pengisytiharan darurat di seluruh Bahagian Serian, Sarawak berikutan keadaan jerebu yang mencapai tahap pencemaran udara membahayakan terhadap kesihatan dan keselamatan orang ramai.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta agensi berkaitan mengenai tahap kualiti udara di kawasan berkenaan.
“Langkah-langkah yang perlu secara lebih berkesan akan diambil bagi melindungi kesihatan serta kebajikan penduduk yang terjejas.
“Kerajaan akan terus memantau perkembangan dari semasa ke semasa dan memastikan segala tindakan yang diperlukan dilaksana dengan segera, termasuk langkah mitigasi serta penyampaian maklumat dan nasihat kesihatan kepada orang ramai,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd

