Tindakan Nubhan bawa Mak Jenny 'ambil anggin' dipuji netizen

mohamadridzuan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur : Tindakan penyanyi, Nubhan Ahamad, 40, membawa ibunya, Mak Jenny, 80, bersiar-siar di sekitar kawasan kampung mereka mendapat pujian netizen.

Langkah ini diambil berikutan kesihatan Mak Jenny yang semakin baik selepas dua bulan terlantar di rumah kerana kecederaan patah kaki akibat terjatuh di kediamannya.

Aktiviti yang memaparkan kemesraan dua beranak ini dikongsi oleh media sosial Facebook Sambal Omak Jenny.

“Jauh Nubhan bawa Mak Jenny pertama kali berjalan ambil angin, selepas dua bulan Mak Jenny terlantar kat rumah.

“Lawa ea suasana kampung Mak Jenny, moment yang mahal antara mak dan anak,” tulis mereka.

Rata-rata komen di Facebook ini memuji Nubhan kerana menyantuni ibunya dengan baik.

Malah ramai yang mendoakan agar Mak Jenny segera sembuh seperti sedia kala.

Terdahulu pada awal Ogos lalu Nubhan memaklumkan keadaan kesihatan ibunya, yang mengalami kecederaan patah kaki akibat terjatuh di rumah.

Menurutnya, keadaan kesihatan ibunya beransur baik, namun proses pemulihan kaki ibunya dijangka mengambil tempoh kira-kira tiga hingga enam bulan untuk sembuh.

Nubhan juga bintang Akademi Fantasia musim enam perlu menjaga emosi tidak menentu ibunya kerana kini sudah tidak boleh menjalani rutinnya seperti biasa.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top