Yasin bakal terbit buku autobiografi 400 muka surat

syafil.syazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman kini dalam proses untuk menerbitkan sebuah buku autobiografi.

Rancangan itu dikongsikan penyanyi lagu Mimpi Laila itu menerusi satu hantaran di Threads, hari ini.

“Saya dalam proses menerbitkan sebuah buku autobiografi 400 muka surat. Sekarang, saya sedang memilih foto yang akan dimuatkan di dalam buku itu,” tulisnya.

Menurutnya, salah satu gambar yang akan dimuatkan termasuklah foto yang memaparkannya bersama maestro muzik tanah air, Datuk M Nasir.

Terdahulu, Yasin turut memuat naik dua hantaran di Threads berbentuk video pendek memaparkan studio yang dipersiapkan.

“Semoga aku dapat membina sebuah syurga bersamanya kini dan selamanya,” tulisnya.

Terdahulu, Yasin, 51, dibenarkan keluar secara rasmi dari Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak baru-baru ini selepas hampir tiga tahun empat bulan mendapatkan rawatan di hospital berkenaan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top