Hakim Danish Perlu Lebih Cepat Sesuaikan Diri Di Litar Kurang Cengkaman | Oh! Arena – Oh! Media

Hakim Danish Perlu Lebih Cepat Sesuaikan Diri Di Litar Kurang Cengkaman | Oh! Arena – Oh! Media

Oh! Arena

Hakim Danish perlu tingkatkan aspek tunggangan selepas berdepan kesukaran di litar kurang cengkaman ketika GP Aragon.

Aksi Hakim Danish Ramli di GP Aragon baru-baru ini nampaknya memberi satu lagi gambaran tentang aspek yang masih perlu diperbaiki dalam saingan Moto3.

Bukan soal kelajuan semata-mata, tetapi bagaimana pelumba negara itu menyesuaikan diri apabila berdepan litar yang mempunyai tahap cengkaman rendah.

Hakim Danish perlu cepat cari keserasian

Kredit Foto Zulfahmi Khairuddin

Pengurus SIC Racing, Zulfahmi Khairuddin melihat Hakim Danish mengambil masa lebih lama untuk mendapatkan keserasian dengan jentera dalam keadaan sebegitu.

Menurutnya, perkara itu akhirnya memberi kesan kepada keseluruhan hujung minggu perlumbaan dan menyukarkan Danish untuk bergerak ke hadapan.

Kita dapat lihat apabila dia beraksi di litar yang tidak mempunyai tahap cengkaman yang baik, Danish menghadapi kesukaran untuk mendapatkan keserasian dengan jentera dalam masa yang singkat.

Keadaan itu menyebabkan keseluruhan hujung minggu perlumbaan menjadi sukar untuknya bergerak ke hadapan.- Katanya.

Potensi masih lebih besar

Kredit Foto Zulfahmi Khairuddin

Zulfahmi bagaimanapun percaya kemampuan pelumba AEON Credit-MT Helmets-MSi itu sebenarnya lebih tinggi daripada apa yang ditunjukkan di Aragon.

Katanya, penambahbaikan bukan hanya perlu dilakukan pada jentera, malah aspek tunggangan Danish sendiri juga perlu dipertingkatkan supaya dia mampu menyesuaikan diri dengan lebih pantas.

Kredit Foto Hakim Danish

Saya percaya potensi Hakim Danish lebih baik daripada itu. Cuma, ada beberapa perkara yang perlu kita tingkatkan lagi, terutamanya dari segi tunggangan Hakim Danish sendiri, khususnya ketika berada di litar yang kurang cengkaman.- Katanya.

Hakim Danish menamatkan perlumbaan GP Aragon di tempat ke-12 dan kini berada di tangga kelapan keseluruhan Moto3 dengan 90 mata menjelang GP San Marino hujung minggu ini.



OH! MEDIA


Kongsikan artikel ini


Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.














BULETIN OH! MEDIA


Baca Yang Paling Best Je.


Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!









Pautan artikel telah disalin.



author avatar

Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Scroll to Top