Oh! Artis
Amyza Aznan berkongsi keadaan suami yang sudah sedar serta perkembangan anak mereka yang sedang berdepan kanser tulang.
Pelakon Amyza Aznan kini melalui fasa cukup mencabar apabila dua insan tersayang dalam keluarganya berdepan masalah kesihatan pada masa sama.
Suaminya, Khairil Izhar Mohd Nazir yang sebelum ini ditidurkan akibat paru-paru berair dan tekanan darah tinggi sudah sedar. Namun, dia masih ditempatkan di Unit Penjagaan Rapi (CCU) dan memerlukan bantuan pernafasan.
Abang masih di CCU dan masih memerlukan bantuan pernafasan. Dia juga masih dalam pemantauan doktor.
Dia sudah sedar, cuma berapa lama lagi akan ditahan di CCU bergantung kepada keadaan kesihatannya.- Katanya.
Anak Amyza Aznan masih terlantar di atas katil

Dalam kesibukan menjaga keluarga, Amyza turut mengakui bukan mudah untuk membahagikan masa dengan jadual kerjanya yang padat.
Mahu bahagikan masa memang mencabar sebab jadual yang ketat. Ada juga yang tidak sempat dibuat disebabkan jadual yang terlalu padat.- Katanya.

Pada masa sama, keadaan anak lelaki mereka, Adrian Adam yang menghidap kanser tulang turut memerlukan perhatian apabila kakinya semakin membengkak.
Kaki Adrian membengkak daripada 45 sentimeter kepada 66 sentimeter dan semakin membesar. Sebab itu dia hanya terlantar di atas katil dan tidak ke mana-mana, kecuali pergi mendapatkan rawatan sahaja.- Katanya.
Amyza sendiri turut mengalami demam dan batuk sejak minggu lalu. Dalam keadaan jadual kerja yang ketat serta perlu memberi perhatian kepada suami dan anak, dia tetap cuba menguruskan semuanya sebaik mungkin.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
