Oh! Tidak
Uji kesetiaan teman wanita guna akaun palsu, lelaki terkejut apabila dirinya dikatakan sudah meninggal dunia dua bulan lalu.
Kadang-kadang bila rasa curiga mula datang, ada yang sanggup buat macam-macam semata-mata nak tahu sejauh mana pasangan boleh dipercayai.
Itulah yang dilakukan seorang lelaki apabila dia mencipta akaun palsu untuk menguji teman wanitanya. Tapi apa yang dia dapat bukan sekadar jawapan, malah satu pengakuan yang memang boleh buat hati jatuh.
Wanita tu kata teman lelaki dah lama mati, kah!

Menurut lelaki itu, dia mula menghantar mesej menggunakan akaun palsu tersebut sebelum teman wanitanya membalas dan mereka terus berbual seperti biasa.
Namun ketika perbualan berlanjutan, wanita berkenaan mendakwa dia tidak mempunyai teman lelaki kerana pasangannya sudah meninggal dunia sejak dua bulan lalu.
Aku saja buat akaun palsu, lepas itu aku mesej awek aku sebab saja nak uji dia. Dia respon dan kami saling berbalas mesej. Borak punya borak, dia beritahu ‘teman lelakinya’ sudah dua bulan meninggal dunia.- Kongsinya.
Terus pilih untuk berpisah

Apa yang lebih mengecewakan lelaki itu, kekasihnya memilih alasan bahawa dirinya sudah meninggal dunia dan bukannya memberi alasan lain untuk menolak ‘lelaki’ yang sedang menghubunginya.
Bagi lah alasan lain. Ini meninggal dunia. Letih, tak dihargai. Kecewa betul. Kami dah putus, aku dah sekat terus nombor dan akaun media sosial dia.- Katanya.
Perkongsian tersebut turut mengundang pelbagai reaksi netizen. Ada yang sempat bergurau mengucapkan takziah kepadanya, namun ramai berpendapat keputusan berpisah mungkin lebih baik selepas apa yang berlaku.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

