Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkongsi pengalamannya mengikuti sesi Belanjawan 2027 yang menyaksikan Kementerian Kewangan (MoF) begitu teliti dalam menilai setiap permohonan peruntukan daripada kementerian dan agensi kerajaan.

Permohonan perlu disertakan alasan kukuh
Menerusi satu hantaran di media sosial, Hannah berkata setiap permohonan yang dikemukakan perlu disertakan alasan kukuh, selain kementerian dan agensi perlu bersedia menjawab soalan berkaitan data serta rekod prestasi sebelum sesuatu peruntukan dipertimbangkan.
“Setiap ringgit yang diminta daripada Kementerian Kewangan (MoF) perlu ada sebab yang jelas,” ujarnya.
“Dalam sesi Belanjawan 2027 semalam, saya melihat sendiri betapa teliti dan tegasnya Kementerian Kewangan di bawah kepimpinan Menteri Kewangan II, YB Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dalam menjaga wang pembayar cukai.
“Setiap Menteri dan agensi perlu menjawab soalan-soalan sukar dengan justifikasi, data dan rekod prestasi tahun ini sebelum sesuatu peruntukan dipertimbangkan.
“Terima kasih kepada pasukan Jabatan Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Putrajaya, Perbadanan Labuan serta semua agensi yang bekerja keras membuat persediaan untuk sesi ini.
“Saya menghargai proses yang tegas begini. Wang rakyat memang perlu dijaga dengan cermat,” katanya.
Sumber: Facebook Hannah Yeoh


