nfazlina@nstp.com.my
Kota Bharu: “Menerusi penerangan (pihak berkuasa) yang dibuat kepada keluarga semalam, jenazah anak saya sempurna, namun kena fahamlah apabila terbabit dalam kebakaran,” kata Kamaruddin Salleh, 69.
Warga emas itu adalah bapa Dr Ainul Baraah Kamaruddin yang maut dalam nahas helikopter berhampiran Lapangan Terbang Long Lellang, Ulu Baram, kelmarin.
Menurutnya, jenazah anaknya dijangka dibawa pulang ke Kelantan esok, dengan jenazah akan terus dibawa ke Masjid Al-Karamah untuk disolatkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sri Kedeper.
“Ini jangkaan kami, jenazah akan dibawa pulang esok selepas selesai urusan forensik.
“Semalam, kami dimaklumkan oleh pihak berkuasa jenazah anak serta yang lain sudah ditemui dan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) juga sudah diambil.
“Pihak polis juga meminta kami tidak melihat jenazah terlebih dahulu sebelum urusan selesai.
“Mungkin hari ini kami akan dipanggil ke Hospital Miri,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Pada masa sama, pesara guru itu meluahkan rasa syukur apabila jenazah anaknya serta yang lain ditemui.
“Semalam saya berdebar apabila maklumat awal mengatakan hanya empat ditemui, Alhamdulillah selepas itu kami dimaklumkan kesemua mangsa sudah ditemui.
“Apabila jasad anak ditemui, saya bersyukur kerana sebelum ini macam-macam kita fikir memandangkan mereka terhempas dari ketinggian yang tinggi.
“Alhamdulillah semua urusan operasi semalam berjalan lancar,” katanya.
Semalam media melaporkan, identiti kesemua lima mangsa terkorban dalam tragedi helikopter terhempas dan terbakar itu berjaya dikenal pasti oleh pihak berkuasa melalui pengecaman barangan peribadi yang ditemui pada jasad mereka.
Mangsa maut dalam nahas itu ialah juruterbang syarikat Layang-Layang Aerospace, Kapten Zainol Afiq Bee Sham, 30 dan Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Ainul Baraah Kamaruddin, 33.
Turut terkorban, dua Jururawat Masyarakat (SN) dikenali sebagai Debra Moset, 40, dan Jessie Paya Jok, 44, manakala seorang lagi mangsa ialah Pembantu Pegawai Perubatan (MA), Alexson Adit Henry, 31.
Berita berkaitan:
‘Saya bawa berus gigi, sikat rambut Ainul untuk diberi kepada polis’
‘Tolong bawa pulang suami saya’‘Tolong bawa pulang suami saya’
AAIB ke Miri untuk siasatan nahas helikopter korbankan 5 orang
‘Sofia rindu daddy’ – anak juruterbang helikopter terhempas
‘Doakan suami syurga saya’ – Isteri Kapten Zainol
Nahas helikopter di Long Lellang: Apa kita tahu setakat ini?
‘Semoga Ainul ditempatkan di syurga, dia anak yang baik’ – Ibu
‘Kami sudah janji dengan pesakit’, kata penumpang sebelum berlepas
‘Perginya ketika berkhidmat membawa rawatan, harapan kepada mereka yang memerlukan’
FDS talian hayat kesihatan penduduk Pedalaman Sarawak
Juruterbang, empat penumpang helikopter terhempas disahkan maut
‘Arwah rancang sambung belajar kerana mahu jadi doktor pakar’ – Bapa Dr Ainul
‘Baru dua hari anak balik ke Sarawak, hari ini kami dapat berita dia meninggal dunia’
Helikopter FDS terhempas bawa empat petugas KKM – Dzulkefly
Keluarga sahkan Dr Ainul meninggal dunia
PDRM gerak operasi SAR, 10 jam melalui darat
Helikopter ‘flying doctor’ terhempas di Sarawak
© New Straits Times Press (M) Bhd
