CEO Alam Maritim didakwa menipu kadar sewaan harian kapal

Kuala Lumpur: Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Alam Maritim Resources Bhd Datuk Azmi Ahmad, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan menipu berhubung kadar sewaan harian kapal.

Azmi, 67, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin.

“Faham (pertuduhan), saya mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan,” katanya selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan satu persatu.

Mengikut pertuduhan pertama, Azmi didakwa menipu Pegawai Prinsipal TH Alam Management Sdn Bhd Iskandar Mohd Zaffa, 48, dengan menyembunyikan tawaran sebenar ‘Daily Charter Rate’ bertarikh 24 Ogos 2023 yang memperuntukkan RM80,500 sehari di dalam ‘Work Order’.

Perbuatan itu didakwa mendorong Iskandar bersetuju menandatangani “BIMCO Supplytime 2017” dengan “Daily Charter Rate” berjumlah RM70,000 sehari di antara Alam-JV DP2 (L) Inc. dan Alam Maritim (M) Sdn Bhd.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top