'Guru, tukar balik percukaian kepada GST' – Ahmad Zahid gesa PM kembalikan GST, tolak sistem hibrid

bhnews@bh.com.my

Kuala Lumpur: UMNO menggesa supaya Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) segera kembali dilaksanakan, yang disifatkan sebagai sistem percukaian lebih berkesan, yang pernah dilaksanakan di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, parti itu berazam untuk memastikan kadar GST yang ditetapkan kelak berada pada peratusan lebih munasabah untuk menyelaraskan jaminan sosial rakyat.

“Guru (merujuk kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim), tukar balik percukaian kepada sistem GST. Mana ada (sistem) hibrid, tiada siapa buat hibrid GST dan SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan)

“Dengarlah rakyat cakap ni. Bosku (Datuk Seri Najib Razak) dah buat betul dah (dengan melaksanakan GST).

“Insya-Allah, kita kembalikan GST dalam sistem percukaian di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di sini, hari ini.

Berita lanjut menyusul

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top