Wanita warga Malaysia maut dipukul di Australia, dipercayai mangsa keganasan rumah tangga

Wanita warga Malaysia maut dipukul di Australia, dipercayai mangsa keganasan rumah tangga

PERTH – [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki berusia 38 tahun didakwa membunuh seorang wanita yang dipercayai menjadi mangsa serangan berkaitan keganasan rumah tangga di Perth, Australia.

Mangsa, Kah Ming Tan, 28, ditemui tidak sedarkan diri di sebuah kediaman di Taree Street, St James kira-kira jam 8.30 malam Rabu.

Wanita itu dikejarkan ke Hospital Royal Perth oleh pasukan kecemasan St John WA, namun gagal diselamatkan.

Menurut polis, pasukan penyiasat mendakwa Younis Qambari, 38, menyebabkan kecederaan parah terhadap mangsa dalam satu serangan yang dipercayai berlaku beberapa hari sebelum wanita itu dibawa ke hospital.

Wanita warga Malaysia maut dipukul di Australia, dipercayai mangsa keganasan rumah tangga

Seorang lelaki berusia 38 tahun didakwa membunuh seorang wanita yang mengalami kecederaan parah dalam kes disyaki berkaitan keganasan rumah tangga di Perth, Australia.

Menurut polis, kecederaan tersebut akhirnya menyebabkan kematian mangsa.

Pihak berkuasa turut mendakwa kejadian berlaku dalam konteks hubungan keluarga dan rumah tangga, namun laporan itu tidak memperincikan bentuk hubungan antara Qambari dengan mangsa.

Qambari didakwa atas pertuduhan membunuh dan hadir secara ringkas di Mahkamah Majistret Perth pada Jumaat.

Permohonan ikat jamin tidak dipertimbangkan dan tertuduh dijadualkan kembali ke mahkamah pada September.

Sementara itu, Perdana Menteri Australia Barat, Roger Cook berkata, kes berkenaan sekali lagi mengingatkan masyarakat mengenai keperluan menangani keganasan berasaskan gender serta keganasan keluarga dan rumah tangga.

Menurutnya, kerajaan negeri telah memperuntukkan tambahan lebih A$800 juta bagi menangani isu berkenaan sejak mengambil alih pentadbiran.

Bagaimanapun, Ketua Eksekutif Domestic Violence Training and Support Institute, Jolene Ellat berpandangan peruntukan itu masih belum mencukupi untuk menangani skala krisis keganasan rumah tangga. – Agensi

Scroll to Top