Thomas selamat selepas kereta terbalikLONDON: Pemain sayap Hull City, Sorba Thomas terselamat tanpa sebarang kecederaan selepas terbabit dalam kemalangan berhampiran pusat latihan kelab itu hingga menyebabkan keretanya terbalik, hari ini.Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu mengesahkan pemain berkenaan berada dalam keadaan baik selepas gambar keretanya yang terbalik dengan cermin pecah tular di media sosial. “Hull City lega mengesahkan Sorba Thomas tidak mengalami kecederaan susulan kemalangan jalan raya berhampiran pusat latihan kelab di Cottingham.“Kelab menyedari gambar kereta Sorba yang tersebar di media sosial dan ingin meyakinkan penyokong bahawa dia tidak mengalami sebarang kecederaan serta berjaya keluar dari kenderaannya tanpa sebarang kecederaan,” kata kenyataan Hull City.Kejadian itu berlaku hanya sehari sebelum Hull berdepan Chelsea dalam aksi EPL di Stamford Bridge, esok.Hull kini menduduki tangga ketiga selepas mengumpul tujuh mata daripada tiga perlawanan musim ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd
