Dr Akmal diberi mandat gerakkan Himpunan Perpaduan Ummah, sasar sejuta umat Islam

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh diberi mandat untuk menggerakkan Himpunan Perpaduan Ummah dengan sasaran menghimpunkan sejuta umat Islam di seluruh negara.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mandat tersebut diberikan selepas mendapat persetujuan para perwakilan menerusi undian suara.

“Dengan ini saya mohon persetujuan untuk kita memberikan mandat kepada Ketua Pemuda UMNO bagi menggerakkan Himpunan Perpaduan Ummah.

“Mal (Muhamad Akmal), abah berikan mandat. Jalinkan kerjasama sebaik-baiknya dengan mereka (Pas) dan lakukan jelajah ke seluruh negeri sebelum kemuncaknya di peringkat pusat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2026 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di sini pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid turut menggesa seluruh jentera parti supaya memberikan sokongan penuh terhadap inisiatif berkenaan.

“Saya meminta seluruh jentera Pemuda, Puteri dan Wanita UMNO untuk menyokong sepenuhnya usaha ini,” katanya.

Scroll to Top