Los Angeles : Bintang pop, Lady Gaga, 40, selamat melahirkan cahaya mata pertama bersama tunangnya, Michael Polansky, lapor media Amerika Syarikat (AS), Jumaat.
Lady Gaga atau nama sebenar, Stefani Germanotta, mula menjalin hubungan dengan Polansky pada 2020 sebelum mereka bertunang pada 2024.
Sumber mengesahkan berita kelahiran itu kepada portal Page Six dan People, namun, butiran lanjut mengenai bayi berkenaan termasuk nama, jantina dan tarikh kelahiran masih belum didedahkan.
Lady Gaga yang cukup dikenali peminat dengan gelaran ‘Mother Monster’ sebelum ini beberapa kali berkongsi hasrat untuk bergelar ibu.
Penyanyi lagu Bad Romance itu menamatkan siri jelajah dunia terbaharunya, Mayhem Ball, April lalu.
Album terbaharunya, Mayhem, pula menerima beberapa pencalonan Anugerah Grammy dan memenangi kategori Album Vokal Pop Terbaik pada awal tahun ini. – AFP
© New Straits Times Press (M) Bhd

