JPJ bakal perkenal ciri baru bida nombor pendaftaran tamat tempoh

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memperkenalkan ciri baharu dalam platform JPJeBid untuk membolehkan proses nombor pendaftaran tamat tempoh dibida semula kepada umum.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, nombor pendaftaran tamat tempoh adalah nombor tidak didaftarkan dalam tempoh tertentu atau sudah dibida mahupun dijual, namun belum didaftarkan.

“Nombor pendaftaran biasanya mempunyai tempoh sah tertentu termasuk enam atau 12 bulan bergantung kepada kelulusan dan perlu didaftarkan pada kenderaan sepanjang tempoh berkenaan.

“Jadi apabila nombor ini tamat tempoh, kita akan keluarkan dan tawarkan semula kepada rakyat,” katanya pada Majlis Peluncuran Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) sempena Hari Malaysia 2026 di Menara 118, di sini, hari ini.

Aedy berkata, setiap nombor pendaftaran tamat tempoh yang dijual semula mempunyai nilai berbeza mengikut kategori.

“Nombor ini ada harga tertentu yang kami tetapkan mengikut kategori. Kalau popular harga lain, menarik harga lain.

“Kami menjangkakan ciri baharu ini boleh diperkenalkan kepada umum dalam tempoh dua hingga tiga bulan lagi,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top