mukhriz.husin@bh.com.my
Kuala Lumpur: Sebanyak 28 kawasan di seluruh negara merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat dengan bacaan melebihi 100 setakat jam 8 pagi tadi.
Semakan menerusi laman sesawang Sistem Indeks Pencemaran Udara (APIMS), Jabatan Alam Sekitar (JAS) merekodkan IPU tertinggi di kawasan Tasek Ipoh, Perak dengan bacaan 181.
Sementara itu, Seri Manjung, Perak merekodkan bacaan kedua tertinggi iaitu 178, diikuti Johan Setia, Selangor (161), Sungai Petani, Kedah dan Pegoh Ipoh, Perak masing-masing dengan bacaan 159.
Turut merekodkan bacaan tidak sihat ialah Cheras dan Batu Muda, Kuala Lumpur masing-masing 158 dan 157, Putrajaya dan Nilai, Sembilan masing-masing 158, Minden, Pulau Pinang dan Taiping, Perak (157) serta Seberang Jaya, Pulau Pinang (155).
Bacaan IPU di Tanjung Malim, Perak dan Shah Alam, Selangor masing-masing 155, manakala Seberang Perai, Pulau Pinang, Seremban, Negeri Sembilan dan Kuala Terengganu, Terengganu masing-masing mencatatkan bacaan 153.
Selain itu, Balik Pulau, Pulau Pinang dan Petaling Jaya, Selangor masing-masing mencatatkan bacaan 151, diikuti Banting, Selangor; Bukit Rambai, Melaka; Batu Pahat, Johor serta Jerantut, Pahang yang turut merekodkan bacaan sama.
Bandaraya Melaka mencatatkan IPU 149, manakala Kulim Hi-Tech, Kedah (134), Kluang, Johor (129), Alor Gajah, Melaka (121) dan Klang, Selangor (108).
Dalam pada itu, sebanyak 31 kawasan merekodkan IPU pada tahap sederhana, dengan bacaan antara 51 hingga 100.
Antara kawasan berkenaan ialah Besut, Terengganu dan Tanah Merah, Kelantan yang masing-masing mencatatkan bacaan 99, diikuti Segamat, Johor (97), Temerloh, Pahang (96), Kemaman, Terengganu (95) dan Kota Bharu, Kelantan (95).
Indera Mahkota Kuantan, Pahang merekodkan bacaan IPU 94, Paka, Terengganu (93), Balok Baru Kuantan, Pahang (91), Kuching, Sarawak (90) dan Larkin, Johor (88).
Kawasan lain termasuk Alor Setar, Kedah (86), IPD Serian, Sarawak (86), Port Dickson, Negeri Sembilan (85), Pasir Gudang, Johor (84), Rompin, Pahang (82), Kangar, Perlis (73), Samarahan, Sarawak (72), Kota Tinggi, Johor (70) dan Langkawi, Kedah (69).
Sri Aman, Sarawak pula merekodkan bacaan 66, diikuti Pengerang, Johor (65), Bintulu dan Sibu, Sarawak masing-masing 64, Tawau, Sabah (61), Samalaju, Sarawak (58), ILP Miri dan Miri masing-masing 54 serta Limbang, Sarawak (51).
Kuala Selangor, Selangor dan Tangkak, Johor pula masing-masing mencatatkan bacaan IPU 100.
Sementara itu, sembilan kawasan merekodkan bacaan pada tahap baik, iaitu Kimanis, Sabah 50 diikuti Labuan, Sarikei, Sarawak (47), Mukah, Sarawak (44), Keningau, Sabah dan Kapit, Sarawak (41), Sandakan, Sabah (40), Politeknik Kota Kinabalu, Sabah (34) serta Kota Kinabalu, Sabah (22).
© New Straits Times Press (M) Bhd

