MB, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tiada kuasa unilateral kosongkan jawatan Yang di-Pertuan Negeri Sembilan – AGC

razis@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Menteri Besar dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tidak mempunyai kuasa unilateral untuk menamatkan atau mengosongkan jawatan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan berkata, kesahan serta kesan proklamasi berkaitan isu itu hendaklah ditentukan menerusi proses perlembagaan dan undang-undang yang sah, selaras dengan undang-undang, terutama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan 1959 (UUTKNS 1959).

“Jabatan ini telah memberi pandangan awal bahawa proklamasi bertarikh 19 April 2026 adalah tidak sah kerana tidak mematuhi kehendak mandatori Perkara 10 UUTKNS, khususnya tiada sebarang keterangan bahawa mana-mana faktor hilang kelayakan yang dinyatakan dalam Perkara 10(1) UUTKNS terpakai kepada DYMM Tuanku Muhriz İbni Almarhum Tuanku Munawir.

“Walaupun jelas Dato’-Dato’ Undang mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan supaya DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan diturunkan takhta namun, Perkara 10 UUTKNS turut memperuntukkan tatacara dan asas-asas pertimbangan sebelum Dato’-Dato’ Undang boleh membuat keputusan sedemikian,” katanya.

AGC berkata setakat hari ini tiada fakta yang menunjukkan tatacara yang diperuntukkan tersebut telah dipatuhi.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top