am@hmetro.com.my
Sepang: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, dijangka pulang ke Negeri Sembilan bagi menyelesaikan kemelut yang sedang berlaku di negeri berkenaan.
Perkara itu dimaklumkan Pengerusi Sekretariat Taat Setia Sokongan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1 sebentar tadi.
“Tuanku Muhriz, tiada apa-apa berlaku. Kebawah Duli balik pada malam ini 9.50 malam insya-Allah. Baginda balik untuk melihat dan ingin menyelesaikan masalah ini kerana kita jelas dan tahu apa yang dimaklumkan oleh pihak DKU (Dewan Keadilan Undang).
“Sebagai seorang yang sangat rapat dan berjiwa rakyat, tuanku memang ingin menyelesaikan kemelut ini dengan baik dan mengikut undang-undang yang ada,” katanya.
Semalam, exco kerajaan negeri menyatakan proklamasi penurunan takhta Tuanku Muhriz adalah sah dan mengiktiraf Tuanku Nadzaruddin Tuanku Ja’afar sebagai Yang Dipertuan Besar baharu.
Menurut kenyataan barisan exco, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuj Ismail Lasim, pada Isnin lalu.
Namun, Dewan Keadilan dan Undang (DKU) sebelum ini menegaskan Tuanku Muhriz kekal sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, mendakwa tiada proses sah yang menyebabkan baginda terhenti memegang jawatan itu.
© New Straits Times Press (M) Bhd
