‘Makkah bukan sasaran Houthi’

SANAA – Pemimpin Houthi, Abdul-Malik al-Houthi sekali lagi menolak dakwaan Arab Saudi bahawa kumpulan itu melancarkan dron ke arah Kota Suci Makkah, menyifatkannya sebagai tuduhan palsu dan fitnah terhadap mereka.Kami tidak mempunyai sebarang alasan munasabah untuk menyerang tempat-tempat suci Islam. Kami melihat tuduhan yang dilemparkan Riyadh sebagai usaha untuk memburukkan imej kami di mata umat Islam,” katanya pada Khamis.Beliau turut lantang mengkritik badan antarabangsa dan negara serantau yang pantas mengeluarkan kenyataan kecaman hanya berdasarkan dakwaan Saudi tanpa melakukan pengesahan secara bebas.Kebimbangan semakin meningkat susulan ketegangan konflik yang memuncak selepas Saudi pada Selasa mendakwa sistem pertahanan udaranya berjaya memintas dan memusnahkan sebuah dron di selatan Makkah sebelum ia memasuki ruang udara larangan di sekitar Kota Suci berkenaan. Ia juga menyelar Houthi yang didakwa sengaja melangkaui garis batas ditetapkan kerana keselamatan Kota Suci itu tidak boleh dicabuli atau diancam.Bagaimanapun, Houthi secara terbuka menafikan mereka cuba menyerang Makkah atau mana-mana tapak suci Islam.Jurucakapnya, Yahya Saree menegaskan operasi mereka hanya menyasarkan kemudahan minyak dan pangkalan tentera yang berada jauh dari Makkah.Setakat ini, tiada laporan yang mengesahkan dron tersebut sememangnya menuju ke Makkah malah dakwaan Saudi tidak berdasarkan bukti dan boleh menentukan Houthi mendalangi serangan itu.Penafian terbaharu itu menunjukkan terdapat dua naratif yang bercanggah mengenai insiden berhampiran Makkah yang dikhuatiri boleh mencetuskan kekeliruan dalam kalangan umat Islam terutamanya jemaah umrah.Dalam perkembangan berkaitan, jurucakap Kementerian Luar Iran, Esmaeil Baghaei turut menolak dakwaan Riyadh itu di samping menegaskan bahawa pemintasan sebuah dron berhampiran Makkah tidak boleh dijadikan bukti bahawa Iran atau mana-mana pihak tertentu bertanggungjawab melancarkan serangan berkenaan.Sejak campur tangan ketenteraan diketuai Riyadh di Yemen pada 2015, Saudi beberapa kali menuduh Houthi melancarkan peluru berpandu dan dron ke arah Makkah serta beberapa bandar lain di negara itu.Bagaimanapun, proksi Teheran itu berulang kali menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan bahawa operasi mereka hanya menyasarkan kemudahan ketenteraan dan kepentingan strategik Riyadh. – Agensi

Scroll to Top