Kalau diberi pilihan untuk pilih satu telefon pintar julat pertengahan, semestinya HONOR X9e Pro menjadi pilihan ramai betul tak?
Mana taknya, jenama ini baru je dapat pensijilan ASEAN Record sebagai juara telefon pintar julat pertengahan Malaysia selama 3 tahun berturut tau! Siap dapat gelaran “Pilihan Utama Rakyat Malaysia” lagi!
Lagi best, HONOR siap bawakan sembilan peningkatan bertaraf PRO, sekaligus lengkap dengan tablet PERCUMA sepanjang tempoh pra-tempah. Fuhh, diaorang memang betul-betul serius bab hadiah kali ini.

Beli Telefon, PERCUMA Tablet, Siap Ada Rebat Tunai! Tawaran Pra-Tempah Paling Berbaloi
Kalau korang nak tahu, tempoh pra-tempah bermula hari ini sehingga 8 Oktober 2026, di mana setiap tempahan HONOR X9e Pro disertakan sekali sebuah tablet HONOR Pad X7 secara percuma (4+128GB, WiFi). Berbaloikan?
Lagi berbaloi, ia juga hadir bersama Penggantian Skrin Retak Depan dan Belakang 730 Hari, Perlindungan Cecair 730 Hari dan Jaminan Tambahan Satu Tahun, di mana hadiah keseluruhan ini bernilai sehingga RM1,626. Fuhh, banyak tu!
Selain itu, kalau korang pra-tempah sekarang, korang berpeluang menikmati rebat tunai berjumlah RM100, menjadikan harga HONOR X9e Pro hanya RM1,799 saja tau. Ini baru betul penjimatan!
Menariknya, kesemua tawaran ini sangatlah berbaloi dengan ciri-ciri yang HONOR tingkat unutk peranti ini. Kalau nak tahu apakah antaranya, jom kami kongsikan.
Sembilan Peningkatan Bertaraf PRO Kini Boleh Dinikmati Dalam HONOR X9e Pro
1. Bateri Terbesar Dalam Industri Bersaiz 11,000mAh
Kalau korang perasan, sekarang ni banyak jenama dah mula jadikan bateri telefon bersaiz besar ni sebagai satu trend, di mana mereka menawarkan kapisiti sebanyak 10,000mAh.

Tapi, jujur cakap, mereka tak boleh lawan HONOR X9e Pro sebab telefon pintar ini mendahului kesemua jenama dengan bateri gergasi bersaiz 11,000mAh, menjadikan ia bateri terbesar dalam industri, malah lebih besar daripada kebanyakan power bank. Padukan?
Menurut data rasmi, dengan sekali pengecasan penuh, bateri ini dapat bertahan sehingga 66.8 jam untuk main video, 164.5 jam untuk dengar muzik, dan 35.6 jam untuk melayari video pendek.
Kalau bateri dah besar macam ni, mestilah ia menawarkan sekali kelajuan pengecasan betul tak? Ia hadir dengan pengecasan berwayar 80W, mengembalikan bateri dengan pantas, manakala pengecasan berbalik sebanyak 27W, membolehkannya untuk menjadi powerbank.
2. Ketahanan Paling Kukuh Dalam Industri
Tahu tak, HONOR X9 adalah siri yang mula-mula sekali menetapkan piawaian ketahanan dan dari situlah, standard ketahanan untuk setiap generasi seterusnya terus bertambah baik.
Kali ini, reka bentuk casing HONOR X9e Pro mengambil inspirasi daripada palang perlindungan hentaman (crash beam) kereta lumba, dengan penyelesaian pelekat titik penuh (full-surface adhesive bonding) menggantikan pelekat belakang konvensional sepenuhnya.

Reka bentuk ini menyokong ujian jatuh ke atas 10 jenis permukaan lantai sebenar serta kesemua 8 sudut badan telefon sehingga berjaya meraih SGS Premium Performance Certification of Drop & Crush Resistance, julung kali pensijilan ini diberikan kepada sebuah telefon pintar.


Pada sesi pre-briefing media sebelum ini, peranti ini turut diuji dengan tembakan peluru getah terus ke skrin menggunakan pistol udara, dan terbukti skrin kekal berfungsi seperti biasa walaupun selepas dikenakan beberapa tembakan. Macam ni barulah tenang sikit hati!
3. Ketahanan Air Setanding Kapal Selam
Tak cukup dengan bukti ketahanan secara fizikal, HONOR X9e Pro turut hadir dengan ketahanan air tau!

Ia memperoleh tiga pensijilan iaitu IP68, IP69 dan IP69K dengan kedalaman rintangan air mencecah 10 meter, satu tahap ketahanan air yang tidak dapat ditandingi oleh pelbagai telefon flagship yang harganya berkali-kali ganda lebih mahal.
Untuk meraih ketiga-tiga pensijilan ini, HONOR X9e Pro perlu tahan ujian rendaman berulang, semburan air bertekanan tinggi, dan ujian air panas.
Ini semua berkat struktur ketahanan air yang mengambil inspirasi daripada reka bentuk kapal selam: cengkerang luar tahan tekanan, lapisan ketahanan air berbilang lapis, pengendapan berpetak, serta saluran pengaliran air yang tepat, memastikan bahagian dalaman kekal kering walaupun tidak sengaja jatuh ke dalam air.
4. Peningkatan Jaminan HONOR Rakyat Care+
Dalam banyak-banyak penambahbaikan, perkara ini adalah yang paling jelas menunjukkan kesungguhan HONOR sepanjang bertahun-tahun.
Bermula dengan HONOR X9a, HONOR merupakan jenama pertama yang memperkenalkan Perlindungan Skrin Retak 180 hari, dan seterusnya pada HONOR X9b, HONOR X9c dan HONOR X9d yang menyusul, perlindungan ini terus dipertingkatkan dari generasi ke generasi.
Kini, pada HONOR X9e Pro, tempoh perlindungan digandakan kepada Penggantian Skrin Retak Depan dan Belakang 730 Hari, merangkumi skrin dan kaca kamera belakang.
Selain itu, terdapat juga Perlindungan Cecair 730 Hari, membolehkan pengguna menikmati satu kali pembaikan percuma di pusat servis rasmi sekiranya berlaku kerosakan cecair dalam tempoh dua tahun.
Tak cukup dengan itu, ia juga mempunyai 1-Tahun Extended Warranty yang disediakan secara percuma oleh HONOR.
Daripada semua jaminan ini, tak dinafikan dengan membeli HONOR X9e Pro, ia dapat memberi ketenangan jiwa untuk korang selama 2 tahun, tak kisahlah kerosakan cecair atau skrin pecah, boleh terus dihantar ke pusat servis rasmi untuk dibaiki.
Menerusi beberapa generasi produk, HONOR telah membuktikan satu perkara iaitu jaminan selepas jualan bukan sekadar slogan pemasaran, tetapi jiwa tenang yang sebenar.
5. Kecerahan Maksimum Sehingga 10,000 Nit

Macam yang korang tahu, skrin telefon pintar HONOR ni memang terkenal mesra mata dan kali ini, HONOR X9e Pro meningkatkan kecerahan maksimum kepada 10,000 nit bersamaan peningkatan 67% berbanding generasi sebelumnya.
Perkara ini menjadikan kandungan skrin kekal jelas dilihat walaupun di bawah cuaca panas terik sepanjang tahun di Malaysia.
6. Kamera Utama 108MP OIS AI, Siap Boleh Guna Bawah Air
Bila nak beli sesebuah telefon pintar, benda pertama yang kebanyakan antara kita akan tengok dahulu mesti kamera betul tak?
Tahu tak, kamera utama HONOR X9e Pro ni dah saing-saing kamera profesiona tau, di mana ia dibina di sekitar penderia 108MP, penderia imej besar 1/1.67 inci, saiz piksel 0.64μm dan aperture f/1.75, gabungan yang memastikan lebih banyak cahaya masuk.
Selain itu, ia juga mempunyai penstabilan yang sejajar dengan HONOR 600 Pro, mencapai tahap CIPA 6.0, dua ciri yang paling penting dalam keadaan cahaya malap, membolehkan telefon midrange menangkap gambar waktu malam yang benar-benar cantik.
Lagi best, korang boleh tangkap gambar bawah air dengan hasil yang cukup padu sebab HONOR X9e Pro menambah ciri Underwater Colour Tuning untuk membetulkan gambar yang terkesan secara automatik, digabungkan dengan ketahanan air 10 meter. Macam ni baru fun!
7. Ciri Fotografi AI Dinaik Taraf Sepenuhnya
Zaman sekarang ni, teknologi semakin berkembang, dan boleh dikatakan penggunaan bantuan AI ada di mana-mana saja betul tak?
Haa, untuk kamera HONOR X9e Pro pun, ia hadir dengan tiga alat bantuan AI iaitu AI Enhanced Night, AI Enhanced Zoom dan AI Enhanced Portrait, masing-masing mengoptimumkan kualiti imej mengikut mod tanpa perlu diedit lagi selepas itu.
Untuk korang yang memang meminati fotografi, kami yakin korang mesti akan suka dengan ciri Moving Photo yang menawarkan Motion Trail, Motion Clone dan Slow Motion yang terdapat pada HONOR X9e Pro ni. Hasil gambar korang mesti tiptop!
Manakala untuk video pula, peranti ini dibantu ciri AI Image-to-Video 2.0 yang dibawa turun daripada siri HONOR 600, membolehkan sekeping gambar statik dengan hanya satu ayat penerangan, boleh menjana video yang mempunyai penceritaan tersendiri.
8. Snapdragon 6 Gen 5 + Hummingbird Architecture 2.0
Kalau peranti julat pertengahan macam ni pun dah menawarkan pelbagai ciri menarik, cipnya pun mestilah kena padu betul tak?
Untuk pengetahuan, cip HONOR X9e Pro dinaik taraf kepada Snapdragon 6 Gen 5, di mana ia dapat memberikan prestasi harian yang lebih responsif merentas komunikasi, fotografi, navigasi dan hiburan tau.
Ia juga dilengkapi dengan Hummingbird Architecture 2.0 milik HONOR, bertujuan bagi mengekalkan kelancaran ini sehingga 72 bulan.
Perkara ini disokong oleh tiga teknologi teras yang bekerjasama, iaitui AI Trajectory Compensation, Page-Level Scheduling dan Kernel Lightweight Engine, dengan kelajuan pelancaran aplikasi sehingga dua kali ganda lebih pantas berbanding peranti setanding.
9. Tiga Tahun Berturut-turut Sebagai Juara Jualan Merentasi Empat Generasi
Akhir sekali, Ini bukan sekadar slogan pemasaran semata, tapi siri HONOR X9 telah pun berjaya mengekalkan kedudukan Nombor 1 di pasaran julat pertengahan Malaysia selama empat generasi dan tiga tahun berturut-turut. Tahniah HONOR!
Ini merupakan satu pencapaian yang kini disahkan secara rasmi oleh ASEAN Record. Erti kata lain, dua daripada setiap tiga rakyat Malaysia yang membeli telefon dalam segmen harga ini memilih siri HONOR X9 dan inilah bukti sebenar gelaran “Pilihan Utama Rakyat Malaysia”.
Lima Pensijilan Industri Pertama, HONOR X9e Pro, King of Midrange!
Jujur cakap, walaupun HONOR X9e Pro ni adalah telefon pintar julat pertengahan, tapi ia adalah telefon pintar yang serba lengkap dan mampu memberikan korang ketenangan jiwa dan kepuasan penggunaan tau.

Daripada kedudukan pasaran empat generasi berturut-turut, lima gelaran industri pertama dalam bateri, ketahanan, ketahanan air, kecerahan dan jualan, digabungkan pula dengan peningkatan menyeluruh dari segi kamera, prestasi, fotografi AI, dan jaminan, semua ini adalah bukti yang HONOR sangat memikirkan tentang pengalaman pengguna.

Jadi, korang tunggu apa lagi? Dah pra-tempah HONOR X9e Pro ke belum? Kalau belum, cepat pra-tempah sekarang!
Maklumat lanjut, layari laman web rasmi HONOR, atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram untuk update terkini.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Zakwan kini memfokuskan tugasan penulisan artikel pemasaran di Oh! Media, menghasilkan kandungan yang informatif dan relevan untuk menyokong strategi pemasaran yang berkesan.

