Serian rekod IPU tidak sihat

Serian rekod IPU tidak sihat

asmaini@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Hanya satu kawasan di Sarawak mencatatkan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 7 pagi ini, dengan bacaan 154 direkodkan di Stesen Pemantauan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Serian.

Berdasarkan data terkini Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), sebanyak 63 kawasan lain di seluruh negara merekodkan IPU pada tahap sederhana.

Di Sarawak, Sri Aman merekodkan bacaan IPU 97, diikuti Kuching (95), Bintulu (92), Samarahan (89), Sarikei (81) dan Sibu (71).

Di Sabah pula, stesen pemantauan di Politeknik Kota Kinabalu merekodkan bacaan IPU 84, manakala Tawau dan Sandakan masing-masing mencatatkan 78 dan 72.

Di Johor, Pasir Gudang merekodkan bacaan IPU 83, manakala Larkin mencatatkan 81. Bukit Rambai di Melaka pula merekodkan bacaan 82.

Selain itu, Batu Pahat di Johor dan Sungai Petani, Kedah, masing-masing merekodkan bacaan IPU 81.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, manakala 101 hingga 200 tidak sihat.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top