Negara hidup bermasyarakat tempang jika dipacu kemarahan

Negara hidup bermasyarakat tempang jika dipacu kemarahan

Bangi: Negara yang hidup bermasyarakat akan tempang sekiranya dipacu kemarahan, sebaliknya mesti dipandu oleh ilmu yang menjadi asas pembinaan negara yang kukuh, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kekuatan sesuatu perjuangan tidak boleh hanya bergantung kepada semangat dan emosi, sebaliknya perlu didukung oleh kekuatan ilmu yang mampu menyedarkan serta menginsafkan masyarakat.

“Sahabat saya Allahyarham Ustaz Fadzil Noor yang mengingatkan bahawa wadah Islam itu tidak bangkit hanya dengan ledakan semangat, emosi dan sentimen tetapi dengan kekuatan ilmu yang menyedarkan dan menginsafkan.

“Dan sekarang umpamanya dalam bicara soal negara MADANI, mesti diperkasakan dengan ilmu. Inilah yang meletakkan asas pembinaan negara yang utuh,” kata beliau ketika berucap pada Majlis Makan Malam Apresiasi 3 Generasi: Menyambung Legasi Perjuangan di sini, malam tadi.

Turut hadir, isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top