Mahu hukum 'junior' langgar peraturan disyaki motif hingga bawa kematian

Mahu hukum 'junior' langgar peraturan disyaki motif hingga bawa kematian

Seremban: Mahu menghukum pelajar yang didakwa melanggar peraturan asrama dipercayai motif yang membawa kepada kematian pelajar tingkatan dua di asrama sebuah sekolah menengah di Kuala Pilah pada Jumaat.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad berkata, perkara itu dikenal pasti selepas pihaknya melakukan siasatan awal berhubung kes kematian pelajar berkenaan.

“Bagaimanapun punca sebenar kematian masih belum dapat dipastikan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Setakat ini, polis merekodkan keterangan 21 individu terdiri daripada pelajar, guru sekolah dan ibu bapa mangsa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Remaja itu yang ditemui tidak sedarkan diri di asrama sebuah sekolah disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah, Kuala Pilah.

Polis turut menahan remaja lelaki berusia 16 tahun untuk membantu siasatan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top