Peserta UJGT 2026 bakal hadapi cabaran getir

Peserta UJGT 2026 bakal hadapi cabaran getir

sukan@hmetro.com.my

Yan: Peserta larian Ultra Jerai Geopark Trail (UJGT) 2026 bakal berhadapan cabaran larian di kawasan denai berbukit sambil meneroka keunikan alam semula jadi Jerai Geopark pada 21 November depan.

Acara yang masuk tahun ketiga penganjurannya itu setakat ini, berjaya menarik penyertaan lebih 700 pelari tempatan dan luar negara dari Thailand, Indonesia, Brunei, Singapura dan Filipina.

Pengerusi Komuniti Kampung Teroi Bukit, Mohd Zamri Said berkata, pihaknya menjangkakan 1,000 peserta bersama 3,000 pengunjung bakal menghadiri acara yang diuruskan penduduk kampung yang tinggal sekitar kaki Gunung Jerai.

Beliau yang juga Pengarah UJGT 2026 berkata, terdapat empat kategori larian dibuka kepada peserta iaitu 50 kilometer (km), 25km, 10km dan 5km.

“Ini adalah edisi ketiga selepas UJGT mencatatkan peningkatan jumlah peserta daripada hanya 80 pada 2024 sehingga 600 peserta pada tahun lalu dan tahun ini kita sasarankan lebih 1,000 peserta.

“Peserta bakal melalui laluan yang menggabungkan cabaran fizikal, keindahan alam dan keunikan landskap Jerai antaranya Geotapak Sungai Teroi, Rimba Rekreasi Lubuk Kawah, pendakian ke puncak Gunung Jerai dan Air terjun Alor Naga,” katanya pada sidang media di Geotapak Sungai Teroi di sini, hari ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top