JOHOR BAHRU – Negara akan sentiasa mengenang jasa, bakti dan sumbangan Allahyarham Tun Dr Hasmah Mohd Ali sepanjang hayatnya.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pemergian Allahyarham merupakan satu kehilangan besar bukan sahaja kepada keluarga, malah kepada negara.
“Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga. Semoga diberikan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi saat yang amat mendukacitakan ini.
“Di kesempatan ini, saya ingin meminta jasa baik seluruh Bangsa Johor untuk bersama-sama mendoakan semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat, diampunkan segala dosanya, diterima segala amal kebajikannya serta ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh,” katanya menerusi hantaran di media sosial.
Allahyarham dilaporkan menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 9.20 pagi tadi di Institut Jantung Negara (IJN) pada usia 100 tahun.
Dilahirkan pada 12 Julai 1926, Allahyarham merupakan antara wanita Melayu terawal bergelar doktor perubatan dan pernah berkhidmat dalam bidang kesihatan awam.



