sukan@hmetro.com.my
Aichi: Skuad e-sukan permainan Identity V negara terpaksa berpuas hati dengan pingat gangsa selepas cabaran mereka terhenti di separuh akhir Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, sebentar tadi.
Malaysia gagal melangkah ke final selepas tewas 0-2 kepada Jepun dalam aksi format tiga terbaik yang berlangsung di Aichi Sky Expo.
Skuad negara yang dibarisi Gan Hong Ming, George Chin, Yiau Wen Feng, Vincent Yii, Nicky Ho, Ng Wei Hao dan Cheah Euggee manakala pasukan tuan rumah diwakili Ryo Kamira, Yuto Awata, Masumi Konuma, Masahiro Uemura, Ryuhi Oyama, Kentaro Maeda dan Masaki Uenaka.
Kekalahan itu menyaksikan Jepun mara ke pentas final bertemu sama ada Taiwan atau China, manakala Malaysia menamatkan saingan dengan membawa pulang gangsa dalam acara berkenaan.
© New Straits Times Press (M) Bhd




