am@hmetro.com.my
Putrajaya: Wisma Putra masih belum menerima maklum balas daripada Indonesia berhubung nota yang dihantar bagi menawarkan bantuan aset Malaysia untuk membantu memadam kebakaran di wilayah negara berkenaan.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Seri Fahmi Fadzil, berkata perkara itu dibincangkan susulan lawatan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke Indonesia dan pertemuan beliau dengan Presiden Indonesia, Prabowo Subianto.
“Pada ketika ini, pihak Wisma Putra belum lagi menerima maklum balas daripada nota yang sudah dihantar oleh Wisma Putra kepada pihak Indonesia.
“Jadi kita masih mengikut saluran rasmi dan juga perbincangan secara langsung dan terus di antara pimpinan utama,” katanya pada sidang media pasca mesyuarat Jemaah Menteri di sini, hari ini.
Berita lanjut menyusul
© New Straits Times Press (M) Bhd




