F1 GP Bahrain: Anwar turun ke litar! Sertai Pit Lane Walk, hargai kerjasama Malaysia-Bahrain

F1 GP Bahrain: Anwar turun ke litar! Sertai Pit Lane Walk, hargai kerjasama Malaysia-Bahrain

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyertai sesi Pit Lane Walk bersempena perlumbaan Formula 1 (F1) Grand Prix (GP) Gulf Air Bahrain 2026 yang dijadual berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bermula esok hingga Ahad.

Menerusi kunjungan itu, Anwar turut meninjau persiapan penganjuran perlumbaan berkenaan bagi memastikan segala urusan berjalan lancar.

“Berkesempatan mengadakan tinjauan di Litar Antarabangsa Sepang bagi melihat persiapan penganjuran Formula 1 Gulf Air Grand Prix Bahrain di Malaysia 2026 yang akan bermula esok.
“Saya turut meluangkan masa menyantuni peminat F1 yang menyertai sesi pit lane walk, selain bertemu para sukarelawan dan petugas yang gigih memastikan segala persiapan berjalan dengan baik,” katanya.

 

Dalam masa sama, Anwar menghargai kerjasama erat antara Sepang International Circuit (SIC) dan Bahrain International Circuit (BIC) dalam menjayakan penganjuran perlumbaan itu.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh pasukan penganjur, petugas dan sukarelawan atas komitmen mereka memastikan acara berlangsung dengan teratur dan selamat.

Anwar berharap penganjuran tersebut berjalan lancar serta memberikan pengalaman bermakna kepada peminat dan pengunjung, sekali gus mengangkat nama Malaysia di persada sukan permotoran dunia.

Sumber: FB Anwar Ibrahim

Scroll to Top