am@hmetro.com.my
Hulu Selangor: Seorang wanita tersepit di dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandunya selama hampir 30 minit selepas terbabit kemalangan dengan treler di Kilometer 422.1, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS), arah selatan, hari ini.
Dalam kejadian 5.30 petang hari ini, mangsa yang berusia 32 tahun turut mengalami kecederaan pada tangan dan belakang badan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ashrul Riezal Asbar berkata, pihaknya menerima panggilan pada 5.34 petang sebelum jentera bomba tiba di lokasi 16 minit kemudian.
“Nahas membabitkan Proton X50 dan treler. Setibanya di lokasi, didapati mangsa tersepit di dalam SUV. Anggota bomba segera menjalankan tugas mengeluarkan mangsa.
“Mangsa kemudiannya diberikan rawatan awal oleh anggota bomba sebelum dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




