KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan bahawa Belanjawan 2027 akan merangkumi langkah menangani masalah pelajar universiti yang berdepan dengan kekangan kewangan.
Anwar berkata, beliau mendengar keluhan dan permintaan belia termasuk berkaitan kos pendidikan serta keperluan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.
Namun beliau memohon golongan itu bersabar sambil memberi jaminan kerajaan mendengar suara mereka yang terpaksa mengikat perut ketika menimba ilmu di menara gading
Memuatkan artikel berkaitan…
“Ada pelajar universiti yang berkata, ‘kami mahu belajar, tetapi kami lapar.’ Kita sedang memberikan tumpuan kepada perkara itu. Saya akan mengumumkannya semasa Belanjawan kelak.
“Ada pelajar miskin yang tidak mampu dan terpaksa menanggung hutang. Ini adalah perkara-perkara yang perlu kita dengar dan tangani,” katanya semasa berucap pada Forum Ekonomi Belia Kebangsaan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini. – UTUSAN




