Lapan kawasan catat IPU tidak sihat pagi ini

Lapan kawasan catat IPU tidak sihat pagi ini

asmaini@mediaprima.com.my

Kuala Lumpur: Lapan kawasan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 7 pagi, hari ini.

Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), daripada lapan lokasi itu, empat kawasan di Johor mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu di Pasir Gudang (153); Batu Pahat (152); Larkin (152) dan Segamat, 108.

Empat kawasan lain ialah Johan Setia, Selangor, 154; Cheras, Kuala Lumpur (152); Putrajaya (147) dan Nilai, Negeri Sembilan, 126 turut mencatatkan bacaan tidak sihat.

Selain itu, sebanyak 59 kawasan merekodkan bacaan IPU sederhana antaranya Batu Muda (99), Bukit Rambai (97),Shah Alam (95), Seremban ( 93) dan Kluang, 93.

Di Sarawak, IPD Serian turut mencatatkan bacaan IPU sederhana, 98, Samarahan (95),Kuching (92), Miri, Sarikei dan Sri Aman masing-masing (83), Sibu ( 80), ILP Miri serta Samalaju, 79.

Sementara itu, tiada kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap baik setakat jam 7 pagi ini.

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top