“Wangi Gila, Dah Boleh Kenal Bau Dia” – Petugas F1 Puji Minyak Wangi Intan Najuwa

“Wangi Gila, Dah Boleh Kenal Bau Dia” – Petugas F1 Puji Minyak Wangi Intan Najuwa

Hantaran seorang individu di laman Thread menjadi perhatian ramai apabila memuji minyak wangi yang dipakai pelakon Datin Intan Najuwa.

Menerusi perkongsian tersebut, sepanjang dua hari dia bertugas ketika Fomula 1 baru-baru ini, dari jauh dia sudah boleh kenal dengan minyak wangi dipakai aktres itu.

BACA: Intan Najuwa Lega Dah Bersalin, Tak Sabar Kembali Berlakon

“Perfume Intan Najuwa ni wangi gila. Dua hari kerja dekat Paddock Club, dah boleh kenal bau perfume dia. Dari jauh pun dah cam,” tulisnya.

Sementara itu, pelakon Riena Diana dilihat membalas hantaran berkenaan serta mengatakan Intan sememangnya sentiasa berbau wangi dan sempat berkongsikan minyak wangi digunakannya.

“Intan memang selalu wangi! ingat lagi masa Riena kerja Hotfm interview dia, saya sempat tanya perfume apa masa tu dia cakap spice blend dior. Tapi tu YEARSS AGOOO. Sampai hari ini saya masih simpan perfume tu sebab dia,” tulisnya.


Scroll to Top