Indomie RM30 Di F1, Sewa Tapak Mahal! Tapi Kenapa Ada Gerai Jual RM10++?

Indomie RM30 Di F1, Sewa Tapak Mahal! Tapi Kenapa Ada Gerai Jual RM10++?

F1 di Sepang dah habis, tapi cerita pasal harga makanan dekat sana masih lagi jadi bahan sembang netizen.

Kalau korang scroll media sosial hari tu, mesti nampak punya lah isu Indomie RM30, nasi lemak sampai RM35 dan macam-macam lagi harga makanan tak masuk akal yang buat orang tertanya-tanya.

Tapi dalam F1 yang sama, rupanya ada juga peniaga yang jual makanan pada harga lebih mesra poket.

Ada mi kari RM12, nasi lemak ayam rendang RM15 dan air mineral RM3.

Jadi persoalannya, macam mana boleh jadi beza harga sampai macam tu weh?

Rupanya kos berniaga pun berbeza

Antara perkara yang mungkin ramai tak tahu ialah kos untuk mendapatkan tapak berniaga di kawasan F1 tu.

Untuk tempoh tiga hari, sewa tapak F&B dilaporkan boleh bermula sekitar RM6,250 di G Hillstand dan mencecah hampir RM30,000 di Main Grandstand.

Itu belum campur SST dan 15% komisen daripada jumlah jualan kasar. Haa…korang kira sendirilah macam mana kosnya. Gila kan?

Tapi dalam masa yang sama, ada peniaga di G Hillstand yang berniaga dengan kiraan yang jauh berbeza. Tak perlu bayar sewa tapak dan tak perlu bayar komisen kepada penganjur. Yang perlu dibayar cuma RM180 untuk lesen perniagaan kepada Majlis Perbandaran Sepang.

Sebab tu ada makanan RM10++ di F1

Untuk edisi F1 kali ini, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) di bawah Menteri, Steven Sim, membawa masuk 40 usahawan mikro tempatan untuk berniaga di G Hillstand.

Menurut perkongsian di media sosial, KUSKOP turut menyediakan kemudahan asas seperti khemah, meja, kerusi, peti penyejuk, kipas dan keperluan gerai.

Siap ada mesin air dan ruang lepak untuk pengunjung makan di zon G Hillstand.

Bila kos berniaga lebih rendah, peniaga pun ada lebih ruang untuk letak harga yang lebih berpatutan.

Contohnya, ada pengunjung yang berkongsi mereka jumpa mi kari RM12, nasi lemak ayam rendang RM15 dan air mineral RM3.

Pengguna Threads @jia_aflick pula berkongsi dia beli Uwan Salai pada harga RM16 dan empat botol Cika Cikang dengan harga RM30.

@amir__susu pula berkongsi dia jumpa donut tiga keping RM7 dan keropok lekor RM7.

Maksudnya, dalam acara yang sama pun memang boleh wujud perbezaan harga yang ketara bergantung kepada lokasi dan kos operasi peniaga.

Indomie RM30 tu bukan daripada 40 usahawan KUSKOP

Untuk elak salah faham, Indomie RM30 yang jadi bualan netizen itu bukan dijual oleh 40 usahawan mikro yang dibawa masuk KUSKOP.

Malah, salah seorang peniaga di G Hillstand, donatelladonuts.my, berkongsi mereka berjaya menjual sebanyak 1,575 biji donat sepanjang berlangsungnya F1.

G Hillstand sendiri merupakan zon khas untuk pemegang Tiket MADANI yang berharga RM200 untuk tiga hari.

Inisiatif ini diperkenalkan supaya lebih ramai rakyat Malaysia dapat merasai sendiri pengalaman menonton F1 di Sepang pada harga tiket yang lebih mampu milik.

Dalam zon yang sama, KUSKOP pula membawa masuk 40 usahawan mikro tempatan untuk berniaga.

Jadi, peluang daripada acara besar macam F1 ni bukan hanya dinikmati syarikat besar, tapi peniaga kecil pun dapat merasa tempiasnya.

Akhirnya, isu harga makanan dekat F1 ni bukan sekadar soal “mahal atau murah”.

Kos lokasi, sewa tapak, komisen dan kemudahan yang disediakan pun boleh mempengaruhi harga yang peniaga perlu letak.

Yang penting, dalam satu acara yang sama, memang ada pilihan. Tinggal korang nak pilih yang mana satu je. Faham ke faham korang? Hehe.


Scroll to Top