Trending
Saiful Apek menitipkan nasihat susulan isu Jep Sepahtu dan Shuib, mengingatkan orang ramai agar membuang ego dan menjaga silaturahim.
Intipati berita
- Saiful Apek menitipkan nasihat susulan isu membabitkan Jep Sepahtu dan Shuib yang kembali menjadi perhatian ramai.
- Beliau mengingatkan agar ego diketepikan sekiranya berlaku perselisihan faham atau perbalahan.
- Saiful menyamakan ukhuwah seperti tasbih yang mempunyai permulaan tetapi tiada pengakhiran.
- Beliau menegaskan perselisihan faham tidak sepatutnya menjadi alasan untuk memutuskan silaturahim dan persahabatan yang telah lama terjalin.
Pelawak terkenal, Saiful Apek tampil menitipkan nasihat susulan isu membabitkan Jep Sepahtu dan Shuib yang kembali menjadi perhatian ramai.
Menerusi satu perkongsian di Threads, Saiful membalas satu posting lain telah mengundang perhatian ramai.
Saiful Apek nasihat Jep dan Shuib?

Beliau menegaskan bahawa sekiranya berlaku perselisihan faham, ego seharusnya diketepikan dan bukannya memutuskan hubungan persaudaraan.
Jika kuku mu panjang, potonglah kuku mu. bukan jari mu. Jika rambut mu panjang, potonglah rambut mu, bukan kepala mu.
Jika berlaku perbalahan, buanglah ego mu. bukan SILATURRAHIM mu. Ukhuwah ibarat tasbih, ada permulaan, takkan ada pengakhiran.
Jangan sebab ego, terputus kawan?
Saiful turut menyifatkan ukhuwah atau persaudaraan seperti tasbih yang mempunyai permulaan tetapi tidak mempunyai pengakhiran.
Nasihat itu mengingatkan bahawa perbezaan pendapat dan perselisihan faham tidak sepatutnya menjadi alasan untuk memutuskan hubungan yang sudah lama terjalin.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.




