Kadar IPG naik ringankan beban pekebun getah

Kadar IPG naik ringankan beban pekebun getah

KOTA BHARU: Cadangan kerajaan menaikkan kadar Insentif Pengeluaran Getah (IPG) kepada RM3.30 sekilogram daripada RM3 sebelum ini mampu membantu meringankan beban kos sara hidup dihadapi pekebun getah.

Presiden Pertubuhan Usahawan Getah Bumiputera Malaysia (PUGBM), Kameruzaman Ab. Rahman berkata, pihaknya menyambut baik cadangan kerajaan itu namun berpandangan harga RM4 sekilogram dilihat lebih sesuai bagi membantu pekebun,

” Pihak kerajaan boleh gunakan sebahagian dari hasil kutipan cukai eksport produk berasaskan getah bagi menampung bayaran IPG,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Memuatkan artikel berkaitan…

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Belanjawan 2027 memberitahu, kadar IPG dinaikkan kepada RM3.30 sekilogram daripada RM3 ketika ini.

Katanya, kadar baharu berkenaan akan memberi manfaat kepada lebih 300,000 pekebun kecil getah.

Kameruzaman dalam pada itu merayu kerajaan agar memberikan tumpuan bagi selesaikan isu kekurangan tenaga pekerja di sektor perladangan.

Katanya, hal ini kerana sebahagian besar kebun-kebun getah dilihat berada keadaan terbiar kerana majoriti pekebun adalah warga emas. – UTUSAN

Scroll to Top