Trending
Bella Astillah dan Syed Saddiq sah bergelar suami isteri dengan sekali lafaz. Pasangan ini menerima mas kahwin RM500 dalam majlis di Kuala Lumpur.
Tahniah buat pasangan sama cantik sama padan, Bella Astillah dan Syed Saddiq, yang akhirnya selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz kira-kira pukul 10.40 pagi.
Menurut laporan Kosmo, majlis pernikahan pasangan ini berlangsung di Kuala Lumpur dengan berlatarbelakangkan Menara Merdeka 118. Mereka dinikahkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Mas kahwin RM500, hantaran 7 dulang


Menerusi majlis berkenaan, Syed Saddiq atau nama penuhnya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 34, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM500 kepada Bella.
Pihak pengantin lelaki turut menyediakan tujuh dulang hantaran, manakala pihak pengantin perempuan membalas dengan sembilan dulang hantaran.
Hantaran nikah Syed Saddiq kepada Bella bertemakan ‘Growing Old Together’ atau menua bersama jadi perhatian ramai.
- Insurans PruBSN kesihatan, nyawa dan penyakit kritikal kepada Bella, Ayden dan Ara.
- Emas dan cincin sebagai bentuk pelaburan emas di masa depan.
- Pendidikan Bella akan datang di Taylors University.
- Simpanan KWSP RM100,000.
- Gym keluarga
- Basikal
- Pakej umrah bersama kasut dan beg tangan
Majlis yang bertemakan Arab dan putih itu dihadiri kira-kira 300 tetamu, termasuk ahli keluarga serta teman rapat pasangan berkenaan.
Antara tetamu ternama yang hadir ialah Khairy Jamaluddin, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Nancy Shukri, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Datuk Seri Ismail Sabri.
Syed Saddiq dan Bella Astillah bertunang Mac lepas

Terdahulu, Syed Saddiq pernah memberi bayangan bakal menamatkan zaman bujang sebelum penghujung tahun ini selepas menerima restu daripada ibu bapanya.
Pasangan ini kemudian mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu, sebelum akhirnya selamat melangkah ke alam perkahwinan.
Hasil perkahwinan terdahulu, Bella dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Ayden, 9, dan Ara, 6.
Kongsikan artikel ini
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
BULETIN OH! MEDIA
Baca Yang Paling Best Je.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Pautan artikel telah disalin.
Penulis berita dan kandungan digital di Oh! Media yang memfokuskan kepada isu semasa, automotif, teknologi, gaya hidup dan perkembangan tempatan. Beliau menghasilkan kandungan berita, informasi serta kandungan digital untuk pembaca Oh! Media.




