Empat inisiatif PTPTN dalam Belanjawan 2027, lebih 400,000 peminjam bakal terima manfaat

Empat inisiatif PTPTN dalam Belanjawan 2027, lebih 400,000 peminjam bakal terima manfaat

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyambut baik empat inisiatif berkaitan bayaran balik pinjaman yang diumumkan menerusi Belanjawan MADANI 2027 oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 9 Oktober lalu.

Peminjam berpendapatan bawah RM2,500 boleh tangguh bayaran

Menerusi inisiatif tersebut, peminjam berpendapatan sehingga RM2,500 sebulan bakal menikmati penangguhan bayaran balik pinjaman pada 2027, yang dijangka memberi manfaat kepada lebih 400,000 peminjam.

Bagi peminjam berpendapatan antara RM2,501 hingga RM3,000 sebulan pula, bayaran balik minimum ditetapkan hanya RM50 sebulan.

Kosisten bayar boleh dapat diskaun 10%

Selain itu, peminjam aktif yang tidak mempunyai tunggakan serta membuat bayaran secara konsisten dan teratur akan diberikan diskaun sebanyak 10 peratus.

Langkah ini bertujuan menggalakkan pembayaran balik secara berterusan, di samping mengurangkan risiko tunggakan pinjaman.

Dalam perkembangan sama, kerajaan turut memperkenalkan potongan cukai kepada majikan yang membuat bayaran balik pinjaman PTPTN bagi pihak pekerja masing-masing.

Inisiatif itu meliputi bayaran yang dibuat mulai Januari 2027 hingga Disember 2028, sekali gus menggalakkan majikan membantu meringankan beban hutang pekerja.

Imej janaan AI

PTPTN menerusi kenyataan sama turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan atas keprihatinan terhadap kebajikan peminjam, selain usaha memastikan komitmen bayaran balik bersesuaian dengan kemampuan kewangan mereka.

Walau bagaimanapun, pelaksanaan penangguhan bayaran balik tertakluk kepada pengesahan maklumat pendapatan melalui semakan silang dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM).

Tegasnya, komitmen utama adalah untuk terus menyokong usaha kerajaan memperluas akses pendidikan tinggi yang inklusif, meningkatkan kesejahteraan peminjam dan memastikan kelestarian dana pembiayaan pendidikan.

Scroll to Top