Sekolah di Negeri Sembilan beroperasi seperti biasa esok

Sekolah di Negeri Sembilan beroperasi seperti biasa esok

am@hmetro.com.my

Seremban: Institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) di Negeri Sembilan akan beroperasi seperti biasa esok, selepas ditutup Jumaat lalu susulan keadaan jerebu.

Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS) dalam kenyataan memaklumkan keputusan itu dibuat berdasarkan pemantauan keadaan semasa dan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) terkini.

“JPNS memaklumkan bahawa semua institusi pendidikan di bawah KPM di Negeri Sembilan akan beroperasi seperti biasa pada Isnin, 12 Oktober 2026, berdasarkan pemantauan keadaan semasa serta bacaan IPU terkini,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, pihak sekolah diminta terus memantau kualiti udara, mematuhi garis panduan berkuat kuasa serta mengambil langkah sewajarnya bagi memastikan kesihatan dan keselamatan murid serta warga sekolah terpelihara.

Menurut JPNS, murid turut disarankan memakai pelitup muka sebagai langkah berjaga-jaga, khususnya mereka yang mengalami gejala pernafasan atau tergolong dalam kumpulan berisiko.

“JPNS akan terus memantau perkembangan semasa dan menyalurkan maklumat rasmi sekiranya terdapat sebarang perubahan.

“Ibu bapa dan penjaga diminta mengikuti saluran rasmi JPNS untuk mendapatkan maklumat terkini,” menurut kenyataan itu.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top