Sanaa: Kumpulan Houthi di Yaman pada Ahad memberi amaran kepada penumpang supaya tidak menggunakan lapangan terbang Arab Saudi susulan serangan di lapangan terbang ibu negara Riyadh yang mengorbankan 12 orang dan mencederakan ratusan lagi.
“Angkatan tentera Yaman sekali lagi memberi amaran kepada semua syarikat penerbangan dan pelayaran, pakar, kakitangan, pekerja serta pengembara supaya tidak menggunakan lapangan terbang dan ruang udara Arab Saudi,” kata jurucakap tentera Houthi, Yahya Saree, menerusi platform X.
“Lapangan terbang dan ruang udara berkenaan terdedah kepada serangan dan menjadi medan operasi pasukan kami, kecuali lapangan terbang di Makkah dan Madinah,” katanya merujuk kepada dua kota paling suci dalam Islam.
© New Straits Times Press (M) Bhd




